Minggu, 10 Mei 2015

Tips memasak cepat dan sedap

Tips masak senang, cepat dan sedap untuk ibu yang bekerja

Saya tabik spring bagi ibu-ibu yang bekerja dan pada yang sama menguruskan anak-anak, memasak mengemas rumah dan sebagainya. Mereka ini memang superwomen.. hebat di tempat kerja dan hebat di rumah. Saya dulu bekerja jugak tapi ada bibik. So, tak payah cerita la kan. He he he... 

Saya sekarang bekerja dari rumah. Tetapi masih juga mengamalkan tips ini  kerana ianya mudah dan senang. Jadi saya boleh memberikan masa yang lebih kepada kerja-kerja 'office' saya ni. 

Ok. Salah satu aktiviti rumah yang mengambil masa yang banyak iaitu memasak. Tak larat la nak beli makan kedai ja kan hari-hari. Anak pun naik jemu. Balik keja nak kena masak. Dah la letih kat office, balik rumah letih nak masak lagi..tapi demi keluarga tercinta..apa boleh buat kan? 

Apa yang ibu boleh buat supaya memudahkan kerja ibu memasak senang, cepat dan sedap ialah persediaan bahan-bahan masakan di hujung minggu iaitu :
1. Sambal. 
Ibu blend cili kering, bawang merah, bawang putih, sedikit belacan / udang kering. Kemudian tumiskan semunya. Masukkan gula, garam. Tunggu smpai kering, masukkan sos tomato, sos cili. Goreng lagi smpai garing. Bagi rasa semua ada masam, masin manis. Dahh...siap. Lepas tu simpan dalam peti ais. Ibu boleh guna sambal ni untuk goreng mee, bihun,  masak ikan sambal, ikan bakar, dan macam-macam lagi lah.

Nak buat sambal petai pun boleh

2. Pes sayur
Untuk masak sayur pulak, ibu boleh blend siap-siap bawang merah, bawah putih, udang kering / ikan bilis. Simpan dalam peti. Nak masak sup sayur ke, sayur goreng ke, guna pes ni je untuk memasak. 

3. Sayur-sayuran
Malam sebelum tidur, ibu boleh  basuh dan potong sayur siap-siap dan simpan dalam peti. Balik kerja esok boleh main campak-campak je. 

4. Ikan / ayam / daging
Masa hujung minggu balik dari pasar, lepas beli bahan-bahan mentah ni, terus basuh. Pastu bahagi dan pack siap-siap dalam zipper lock atau bekas plastik kecik-kecik. Kalau ada ikan kembung ka yang nak sedap digoreng, letak garam kunyit siap-siap. Pastu semua masuk dalam freezer. Pagi sebelum ke kerja boleh pilih nak masak lauk apa dan bawak turun yang frozen ni kat bahagian bawah peti ais untuk defrost. Balik kerja dah boleh terus masak. 

Wah..seronok nya dapat masak sedap-sedap kan? Baca pun dah rasa lapar hahaha.. selamat mencuba ya ibu-ibu. Apa-apa pun yang kita nak buat, nak capai sesuatu,  yang penting persediaan. Bukan setakat memasak saja, tapi nak berjaya dalam peperiksaan, nak melancong jauh-jauh, nak balik beraya dan sebagainya. 

Untuk ibu-ibu yang selalu letih balik dari kerja, saya cadangkan ibu mengambil supplement untuk memberi tenaga dan mengurang stress ibu. Kalau ibu berminat dengan supplement Shaklee, ibu boleh hubungi saya ye. Boleh kita borak-borak dan share tips.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar